SOCIAL LIFE_Apa yang Kita Nak Buktikan Sebenarnya?
Di laman sosial,
Kebanyakkan orang HANYA nak buktikan betapa bahagianya hidup mereka.
Hakikatnya kita tak tahu kehidupan mereka sebenarnya dari segi keseluruhan.
Hakikatnya keperitan itu hanya diri masing-masing yang tahu.
Apa yang aku cakap dekat sini tak merujuk pada siapa-siapa pun. Lebih kepada umum dan sekadar berkongsi.
- When we share too much. (more kepada share pasal personal life)
Aku pernah cakap yang aku ada Twitter dulu and I'll always update almost my journey dekat situ. (Sampai Twitter tu considered as my diary bergerak tau haha)
See?
Menunjukkan akan ada orang akan assume life seseorang berdasarkan apa yang kita upload di media sosial.
Sampai suatu masa kita TERBIASA upload benda yang tak penting pun. Lagi parah bila kita sampai tak boleh bezakan yang mana satu privacy dan bukan privacy. Kan?
- When we care about others TOO much.
Nanti kalau keluar sini wajib post. Nanti orang ingat kita duduk rumah je kan.
Nanti kalau dapat sesuatu wajib post. Nanti orang tak tahu kita dapat.
Nanti kalau jadi sesuatu wajib post. Nanti orang ingat kita ni jadi tunggul.
Coz we care too much apa yang orang fikir pasal kita. Coz we tend to share everything about our life sampaikan benda kecil pun rasa nak post.
Aku pernah jadi macam ni dulu. Sejak dah makin tua ni rasa macam kelakar pun ada bila teringat dulu sikit-sikit nak upload haha. So, ketahuilah siapa yang suka upload benda mengarut tu maybe jiwanya masih muda. Kajian dari aku sendiri kui kui.

- When we speak too much (more to benda yang tak elok pun nak post jugak)
"Kadang-kadang aib kita orang tak tahu pun. Tapi kalau dah setiap hari update rasa tak puas hati, sakit hati, terasa hati, kecik hati, semua nak update dekat media sosial."
"Orang yang baca pun tahu kita ni jenis macam mana. Kita rasa kita update benda kecil je tapi tak tahu kita sendiri yang buka aib kita."
So, apa aku nak cakap dekat sini...sebelum nak update apa-apa fikir dahulu. Tak suka orang ni, tulis. Tahu tak yang tak semestinya kita je yang betul bila kita 'pandai menulis'.
Walaupun tu hak kita nak post apa sahaja. Ya, walaupun tu kita punya fon.
- When we choose to be exposed.
Nak tahu kenapa? Sebab mereka tak rasa penting pun untuk orang lain tahu pasal life diorang. Dan tak penting pun untuk diorang tahu sangat pasal life orang ni. Banyak lagi kerja lain untuk dibuat.
Sampai suatu masa semua orang tahu kita tengah buat apa, kerja apa, ada masalah ke tak, putus cinta ke tengah couple. NO privacy at all!
Semua ni kadangkala ada yang 'memudahkan urusan' orang luar yang berniat jahat dekat korang. Yelah, kadang-kadang story siap bagi location lagi kan?
- Timbul Penyakit Hati TANPA Sedar
Zaman sekarang, terlalu banyak penyakit hati tanpa kita sedar.
Penyakit riak, ujub, takabbur, hasad. Macam-macam lagilah. Nak aku explain contoh bagi setiap 'penyakit' tu?. Okey meh aku explain.
- Contoh riak.
- Contoh ujub
- Contoh takabbur
- Contoh hasad
Apa pun, hanya Allah yang boleh 'judge' niat kita kan?
- Salah satu punca DEPRESSION
Percaya tak kalau aku cakap ramai yang ada depression @ anxiety ni ada yang berpunca daipada sosial media?
Sebab apa yang aku dapat daripada dua kawan aku yang depression memang instagram salah satu punca diorang rasa down. (Korang boleh fikir sendiri macam mana 'perfect'nya dekat IG tu kan)
Melalui sosial media, keadaan ni boleh terjadi bila kurangnya mindset yang positif.
_Orang share pasal dia kahwin. Bila yang dah jadi bujang terlajak @ anak dara tua of course rasa sedikit rendah diri.
_Orang share pasal kelahiran anak padahal tak sampai setahun pun kahwin. Alhamdulillah rezeki tapi perasaan orang yang tak ada anak lepas kahwin bertahun-tahun ni?
_Orang share pasal result cemerlang setiap sem. Orang yang gigih nak dapatkan dekan setiap semester tapi tak dapat pastinya terselit rasa sedih walau pada masa yang sama tumpang bangga dengan kejayaan kawan.
Melalui tulah,
Kawan-kawan dapat tahu..."oh, dah nak kahwin rupanya kawan aku ni.
So why not?
Nanti cikgu pun dapat tahu.."oh, dah habis belajar anak murid aku ni."
Tak pun,
"Eh, rupanya kita satu sekolah @ negeri."
Of course aku tak nafikan kebaikan media sosial ni. Bahkan dakwah lebih tersebar luas dan cepat dengan menggunakan media sosial.
Cuma aku nak KITA sama-sama beringat jangan sampai media sosial, hubungan kekeluargaan kita jadi renggang sebab kita terlalu asyik dengan telefon. Sampai kemahiran komunikasi kita jadi lemah sebab asyik 'cakap' sorang-sorang je dekat fon.

- Still ada kebaikan dia

Jangan sampai kita jadi 'ketagih' untuk share sesuatu yang tak memberikan manfaat pada orang lain.
Adakah bermakna kalau kita tak up apa-apa, life kita tak bahagia?
Biarkan saja mereka tidak tahu,
Sebenarnya mereka tidak terlalu kisah akan perihal kita
Cuma mereka ingin tahu kita di tahap mana untuk dibandingkan dengan kehidupan mereka.
Tak percaya? Percayalah.
Wujud manusia macam tu_Bahagia bila kita jatuh, sedih bila kita bangkit.
So guys, be careful who you share your life with. Please...
Satu ayat yang buat aku tersentap.
"Siapa yang menjadikan Allah sebagai tempat pertama untuk diceritakan tempat mengadu, maka dia tidak akan sibuk untuk mencari tempat kedua dan ketiga".
p/s:of course aku pun manusia biasa macam korang, upload gambar ke media sosial (whatsapp story je lah sebab takde IG). Cuma, sekarang lebih behave hihi.
Comments
Post a Comment