TEACHER's DIARY_Murid Sekolah dah Macam Pelajar Universiti?

Sejak PKP, cuba tengok adik-adik @ anak- anak yang still sekolah tu.

Bagi aku, murid sekolah sekarang dah hampir jadi macam pelajar universiti.

Buat murid sekolah yang belum rasa 'payahnya' self-learning, inilah perasaan bila belajar di alam universiti.

Kalau dekat U, pensyarah mengajar di dalam kelas, kadang-kadang hanya beri topik untuk pelajar baca sendiri.

Kalau dekat sekolah, kebanyakkan guru still ajar slow-slow, kalau murid tak faham cikgu akan ulang kali sampailah murid faham.

Sejak PKP, murid-murid kena usaha sendiri macam budak U kan?
Kalau tak faham, cikgu tak mampu nak tekan lebih-lebih.

Kalau dekat U, nota kuliah & buku wajib tilik utk lebih faham akan sesuatu topik. Bergantung pada diri sendiri kalau nak lagi faham topik tu, usaha cari sendiri bahan lain.

Kalau dekat sekolah, tak payah tilik buku pun xpe, cikgu still akan bagitahu "okey tengok muka surat ni, buat latihan ni. Nanti hantar, cikgu nak cek kerja rumah."

Tapi sejak PKP murid-murid kena usaha sendiri macam budak U kan?
Kalau dalam kelas, cikgu boleh 'baca' riak wajah kalau murid tak faham. Bila jauh macam ni, tak ada orang tahu.

Dekat U, akan ada assignment bila kau hantar je dapat markah, kalau tak hantar tengoklah nanti carrymark kau berapa utk di bawa ke final exam. Kalau nak markah extra, hantar assignment.

Dekat sekolah, cikgu-cikgu akan make sure murid hantar kerja sekolah. Tak cukup semua murid dalam kelas hantar buku..siaplah! Haha
Nanti hantar, cikgu nak cek kerja rumah."
Tapi, sejak PKP murid-murid kena usaha sendiri macam budak U kan?
Kalau tak hantar kerja sekolah, cikgu boleh buat apa je bila jauh macam ni?

Dekat U, kawan-kawan jadi sumber rujukan UTAMA sebab malas nak pergi bilik pensyarah.

Kalau dekat sekolah, kira untunglah bilik guru tu depan tu je hah. Bila-bila masa boleh tanya cikgu @ kawan.

Sejak PKP, kalau tak faham kena usaha sendiri macam budak U kan?
Kalau tak tahu buat suatu kerja sama memang kena wasup kawan, wasup cikgu atau google dekat internet.

Jika dfikir balik.
Inilah Pembelajaran Abad ke-21.
Di mana guru hanya menjadi fasilitator.
Bertindak menjadi pembimbing, pendorong dan penilai kepada murid. Dari rumah masing-masing.

Tapi bila dfikir balik.

Inilah Pembelajaran Abad ke-21.

Di mana guru hanya menjadi fasilitator. Guru hanya bertindak menjadi pembimbing & pendorong  kepada murid.

Tapi sejak PKP, semua ni hanya dinilai dari rumah masing-masing.

Kira hebatlah bagi murid yang tak pernah putus asa dengan cabaran ni.❤
adik² @ anak² @ anak murid cikgu yang baca story ni
Tengok budak-budak sekolah sekarang, macam-macam perasan timbul bila teringat tentang pelajaran diorang.

Buat sesiapa yang berjuang dalam pastikan pelajaran adik², anak² mahupun diri sendiri tak terabai.
(Tak lupa buat guru² yang selalu dikecam hahaha)

Usahalah setakat mana kita mampu dalam berjuang.❤

Moga Allah kurniakan pahala berlipat ganda ketika berjihad di medan ilmu.

💪🏻🔥

Macam mana dengan nasib

Comments

Popular posts from this blog

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

JODOH LIFE_Siapa 'dia' yang Engkau Takdirkan untukku.