AdDEEN LIFE_Makhluk tu Apa?
Dalam perjalanan ke Tg Malim kerana esok aku akan konvo yay!
Perjalanan yang panjang bersama keluarga membuatkan aku decide untuk download video ceramah Ustaz Wadi Annuar dan dengar sama-sama dalam kereta.
Sampailah satu ketika, ada part Ustaz wadi sebut perkataan MAKHLUK banyak kali.
"Tidur tu makhluk."
"Mati tu makhluk"
Lepas tu aku dah lupa dah..
Terdengar perkataan 'makhluk' banyak kali sampai adik kecil aku, Fawwaz bertanyakan soalan.
"Kak long, makhluk tu apa?"
"Makhluk tu maksudnya ciptaan Allah. Allah yang cipta semuanya. Syaitan,malaikat, bunga, haiwan dan manusia.
Pokok pun Allah yang cipta. Semua tu makhluk Allah. Buktinya manusia tak boleh hidupkan pokok."
Pelik barangkali dengan ayat "manusia tak boleh hidupkan pokok" kerana dia nampak aku pernah beli dan tanam biji benih sehingga dah jadi setinggi dia. So, bagi dia kita yang buat semuanya. Haha.
Aku menambah lagi untuk bagi dia lagi jelas dengan maksud 'makhluk'.
Aku : "Cuba tengok pokok tu, Fawwaz boleh ke buat?" (merujuk kepada pokok-pokok di sepanjang highway.)
Fawwaz : "Bolehlah, kita gali tanah, lepas tu tanam pokok. Tumbuhlah."
Aku : "Ok, kalau Fawwaz tanam, Fawwaz ambik kat mana biji benih tu?"
Fawwaz : "Daripada kedailah."
Aku : "Ok, kedai tu ambik kat mana biji benih tu?"
Fawwaz : "Daripada pokok."
Aku : "Ok, siapa yang buat pokok?"
Fawwaz : "Allah."
Then dia senyum. Senyuman yang penuh bermakna. Tanda akhirnya baru dia nampak dan faham konsep semua benda dekat dunia ni bermula daripada Allah dan Allah yang cipta semuanya.
Semua benda di atas bumi ini adalah ciptaan Allah. Carilah apa pun, pastinya ia akan kembali kepada Pencipta yang Maha Agung.
Dan semuanya Allah pinjamkan untuk kita sama ada sekejap mahupun lama.
Comments
Post a Comment