AdDEEN LIFE_I Guess I know Kenapa Allah Bagi Ujian Tu Dulu.


Lama dah aku perasan perkara ni.

Dalam banyak-banyak kisah, sekarang saat paling buat aku rasa “Ohh, I guess I know one of the reasons atas setiap ujian yang Allah beri kepada aku dulu”
                                            


Tadi aku baru je habis sesi luahan masalah & kata semangat kepada anak murid aku masa aku praktikal dulu. Aku tahu mulanya dia takut untuk luahkan masalah tapi tak apa, aku tahu dia akan luah bila dia rasa dia nak dan sedia.

Peritnya Ya Allah bila kejadian tu ‘diungkit’ kembali walau bukan aku yang rasa sekarang.
Sungguh aku tak sanggup untuk berada dalam keadaan tu lagi walaupun sekali.

You know what?

Kalau aku tak rasa perit dia macam mana dulu,
aku takkan mampu beri nasihat dekat orang yang ada masalah yang sama dengan aku.

Kalau aku tak rasa sedih dia macam mana dulu,
aku takkan rasa tu masalah yang diluahkan tu cuma kecik je.

Kalau aku tak rasa macam mana struggle nya bila tak ada tempat untuk aku luahkan selain Allah je masa tu,
aku takkan hargai bila ada orang yang ceritakan masalah dia pada aku.

Aku tahu orang tu dah luahkan semuanya pada Allah sebab sebelum dia nangis pada aku, mata dia dah lama bengkak merintih mengadu pada Tuhan.

Aku tahu orang tu sebenarnya sampai dah tahap buntu tak tahu nak buat apa sampai akhirnya dia jumpa orang yang dirasakan tepat untuk dia luahkan segalanya.

Sebab tulah selain daripada aku cakap “mengadu pada Allah” pada orang yang meluahkan masalah pada aku, aku akan cuba jugak untuk fikir solusi atas masalah yang jadi.

But still, without denying that Allah is The Best Listener and Solver ever!

Aku tak tahu apa yang orang lain rasa.

Tapi apa yang aku rasa, tak semua orang berani nak luahkan masalah pada orang lain terutama masalah peribadi. Dan bila aku ‘dapat’ amanah tu, aku rasa tepanggil untuk membantu dan mana tahu aku menjadi perantara Allah untuk bantu salah seorang hamba Dia tu untuk keluar dari sulit yang dirasa.

Maksud aku, sebolehnya atas setiap luahan yang diberi tu aku harap at the end she will get something from me walau sikit sekalipun.

The feeling when you makes someone feels good tu Ya Allah hanya Engkau yang Tahu betapa aku mengharapkan mereka juga merasakan rahmatMu itu jauh lagi besar daripada ujian yang Kau berikan. Seronok jadi orang yang bermanfaat pada orang sekeliling ni walaupun kebanyakkannya aku hanya mampu comfort melalui whatsapp atas faktor jarak.

But at least I know when she said “thanks!” to me, she get much better than before Alhamdulillah.

Walau hakikatnya Allah yang beri aku ilham atas setiap bait kata yang aku keluarkan untuk bantu dia.

Just wondering, 
Kadang-kadang kita rasa orang tu faham kita sebab kita tahu dia dah pernah alami ujian tu sebelum kita kan?

That’s why we will never know the hikmah until suatu hari nanti kita tarik nafas lega ucap syukur sebab Allah dah keluarkan kita dari ujian tu. The most important, kita tahu bukan suka-suka Allah uji kita perkara tu.

You will know it somedays!




Allah Ya Hamid,
Hanya kepada Engkau kami memuji sama ada ujian ataupun nikmat yang kami dapat.

Allah Ya Alim,
Hanya Engkau yang Maha Tahu tiap-tiap hikmah atas setiap kejadian yang Engkau jadikan kepada setiap hambaNya.


Allah Ya Qawiy
Hanya kepada Engkau tempat kami meminta kekuatan untuk menghadapi sesuatu yang dirasakan kami tidak mampu sedangkan kami tahu yang Engkau tidak akan sesekali bebankan hambaMu di luar kemampuannya.


"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya..."
(Al-Baqarah : 286)







Comments

Popular posts from this blog

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

JODOH LIFE_Siapa 'dia' yang Engkau Takdirkan untukku.