AdDEEN LIFE_Manusia VS Pokok.
Penulisan ini aku wujud setelah aku sendiri yang melihat 'persaingan' yang terjadi antara sesama pokok yang aku tanam dari biji benih dulu. Mungkin agak pelik but yes, aku cuba untuk kaitkan apa yang jadi dengan manusia.
Manusia dan pokok.
Ada persamaan antara dua makhluk ciptaan Tuhan ini.
POKOK.
Andaikan kesemua biji benih kita tanam pada waktu yang sama.
Mereka mendapat struktur tanah yang sama.
Pancaran cahaya matahari yang sama.
Air yang disiram dengan sama jumlahnya.
Namun tumbesaran mereka tidak semestinya sama.
Ada yang mengeluarkan tunas cepat dari yang lain.
Ada yang malu-malu untuk keluar melihat dunia walaupun rakan sekeliling sudah mula megah berdiri.
Tapi ingat!
Tidak semestinya pokok paling besar akan mengeluarkan bunga yang paling cantik.
Bahkan juga tidak semestinya pokok yang paling kita jaga akan mengeluarkan buah yang paling elok antara pokok-pokok lain.
Bahkan juga tidak semestinya pokok yang paling kita jaga akan mengeluarkan buah yang paling elok antara pokok-pokok lain.
Mungkin bunga yang paling cantik dari pokok yang paling lambat melihat dunia.
Mungkin buah yang ranumnya awal, menjadi pilihan serangga hingga terpaksa dibuang.
Mungkin buah yang terselindung di balik daun yang menjadi pilihan kita untuk dimakan.
Ya, buah yang kita mungkin tidak perasan langsung akan kemunculannya.
Mungkin.
Tiada siapa tahu.
Tiada siapa tahu.
Kita cuma mampu memberikan yang terbaik dari segi tanah, baja dan air.
Selebihnya, atas 'usaha' benih itu sendiri. Atau lebih tepat, 'takdir' benih itu di dunia.
Begitu juga MANUSIA.
Ada yang cemerlang sewaktu di sekolah.
Ada yang jatuh sewaktu di universiti.
Ada yang bangkit sewaktu di alam pekerjaan.
Ada yang bangkit sewaktu di alam pekerjaan.
Malah mungkin sinarnya makin kelihatan sedikit demi sedikit sewaktu masuk ke alam rumahtangga.
Walau apa jalan hidup kita.
Cepat atau lambat, tiada siapa yang persoalkan.
Kerana pengakhiran kita tidak akan sama.
Paling penting untuk kita semat, hidup bukan suatu perlumbaan.
Cukup membuktikan, tidak kiralah kita di fasa mana, kita cuma mampu berusaha.
Yang kita sebagai hamba cuma mampu berdoa pada Sang Pencipta dan meletakkan sepenuh penggantungan pada Yang Maha Esa.
Cukup membuktikan, tidak kiralah kita di fasa mana, kita cuma mampu berusaha.
Yang kita sebagai hamba cuma mampu berdoa pada Sang Pencipta dan meletakkan sepenuh penggantungan pada Yang Maha Esa.
Tugas kita?
Cari BAHAGIA itu walau di mana kita berada.
Kerana bahagia itu letaknya pada mana letaknya kesyukuran kita.
Comments
Post a Comment