LOVE LIFE_Nikmat Maksiat Itu Hanya Palsu
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah
Hanya Engkau yang mejadi saksi di atas perjuangan sahabatku itu untuk mencari redha Mu walau di saat itu dia telah menduakan cintanya kepada Mu.
Ya Allah
Hanya Engkau yang tahu berapa sahabatku terseksa mengetahui semua ini salah namun dia abaikan atas dasar cinta yang fana.
Ya Allah
Hanya Engkau yang tahu betapa sahabatku sakit kerana terpaksa berjuang seorang diri namun akhirnya ku bersyukur Engkau kembalikan hatinya itu tanpa sebarang dendam dan prasangka.
Post ini bukan untuk aku kenang detik-detik perkenalan sahabat aku, F dan A mahupun nak cari salah dan silap mana-mana pihak.
Anggap sahaja post ini mungkin hanya untuk ceritakan situasi F ketika itu.
Anggap sahaja post ini sebagai salah satu cara untuk menyedarkan orang di luar sana yang mungkin masih gagal menangani 'isu ikhtilat' dengan baik.
Like I said before, jadikan ini sebagai pengajaran dan banyak lagi perkara penting yang perlu aku tulis selain hal ini.
Cerita ini pun sudah aku minta keizinan daripada F sendiri untuk di 'publish' kan. Semoga menjadi pengajaran buat yang di luar sana.
Cerita ini pun sudah aku minta keizinan daripada F sendiri untuk di 'publish' kan. Semoga menjadi pengajaran buat yang di luar sana.
Sejak dia rasa there is something wrong dengan apa yang jadi, beberapa kali F solat sunat taubat apabila terkenangkan dosa yang dia dan A buat. Aku tahu dia banyak menangis kerana takut dengan ujian yang melibatkan hati itu.
Selalu juga dia meminta semoga Allah mengampunkan dosa mereka berdua yang pernah lalai dalam urusan menjaga hati.
Alhamdulillah aku bersyukur kerana pendirian F masih tetap teguh untuk beberapa perkara semasa berhubung dengan A. Alah, F yang aku kenal waktu sekolah dulu memang payah sebenarnya untuk 'dekat' dengan lelaki. Ujian buatnya barangkali.
Antara yang menjadi pegangannya semasa berhubung ialah,
-Tetap menggunakan kata panggilan 'aku_kau'
-Tiada kata-kata semanis gula (tambahan F pun geli haha)
-Tidak akan mengganggu di waktu solat dan tengah malam
-Tiada OTP atau seangkatan dengannya lebih-lebih lagi berjumpa
Maybe akan ada yang tanya. "Dah tu, apa je DOSA yang F dan A buat?"
Sedikit intro pasal sahabat aku itu.
F, kawan sekolah aku yang juga merupakan bekas pelajar sekolah agama. Dia lahir dalam keluarga yang sangat menitik beratkan bab pergaulan antara sesama lelaki dan perempuan.
So, F tahu apa hukum ikhtilat.
F tahu berhubung dengan bukan mahram (TANPA SEBAB) itu salah dari segi syarak.
Lebih-lebih lagi dengan orang yang menyimpan perasaan terhadapnya itu. Tapi F lupa dan dia abaikan tanpa rasa bersalah.
F anggap itu perkara biasa lebih-lebih lagi mereka berdua sudah ada niat ke arah perkahwinan.
F anggap semua itu normal untuk berhubung dengan lelaki. Lagipun, baginya itu hanya melalui 'whatapps'.
Sampailah selepas habis belajar, sahabatku itu diuji dengan satu kehilangan.
F tutup dunia luar sekelilingnya. Telefon pun dia hanya buka sekejap takut-takut ada info penting yang dia terlepas.
Waktu tu, F lost tetapi tak lama.
Tercari-cari hikmah apa yang Allah mahu hadiahkan padanya atas kesedihan yang menimpa diri.
Rupanya waktu nilah banyak perubahan berlaku dalam hidup F.
Di saat F kurangkan hubungan dengan dunia media sosial, dia banyak habiskan masanya untuk tengok video-video Tarbiah Sentap dan video agama lain.
Dia fahamkan balik konsep ikhtilat dan ukhuwah melalui video Ustaz Adnin. (Aku lah ni yang rekomen suruh dia tengok kui kui)
Ustaz Adnin, if you read this..
May Allah repay your kindness for all your dakwah's videos.
Melalui ustaz, sahabat saya kembali tahu yang dia silap selama ni.
Melalui ustaz, sahabat saya dapat kembali balik diri dia yang dah lama hilang.
Melalui ustaz, sahabat saya tahu kenapa solat dia susah sangat nak khusyuk.
Melalui ustaz, sahabat saya dapat kekuatan untuk beritahu A yang selama ini mereka salah.
Alhamdulillah Allah juga hadirkan seorang insan yang menyokong tindakan F untuk hentikan segala urusan ini sehingga terbukti antara F dan A betul-betul ADA jodohnya.
Melalui sokongan dia, F yakin apa yang dia buat ni betul. ( aku lagi yakin betul lepas apa yang jadi ni : A dah ada orang lain haha takpe dah namanya takde jodoh nak buat macam mana lagi kan.)
Selama F di universiti , she have no one yang tegur bab ikhtilat.
Aku tak salahkan sesiapa sebab aku tahu dia tercampak jauh dari lingkungan kawan-kawan yang 'faham' agama (ikhtilat).
Di saat orang bertepuk tampar berlainan jantina, couple, dating dan berzina kelihatan normal.
Andainya kita semua tahu bahawa dalam Al-Quran Allah beri amaran dalam Surah al-Isra' ayat 32.
وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬
Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan sesuatu yang buruk.
Seandainya kita faham perkara apa yang mendekatkan kita kepada zina.
Seandainya kita tahu batasan Allah kepada kita dalam pergaulan agar mengikut ketetapan syarak.
Ikutlah kalau orang nak cakap F tu warak, syadid atau zuhud sekalipun. Biarlah orang cakap F tu kolot dalam urusan agama mahupun bab mencari jodoh. Biar!
Dia bukan kolot, bahkan dia cuma ingin menjaga kedua-dua hati daripada lalai.
Dia pernah bagitahu aku yang betapa dia malu pada Allah kerana membuatkan seorang lelaki ajnabi lalai dalam urusan menjaga hati.
Sebenarnya, inilah F yang dulu. Sukar didekati mana-mana lelaki.
Sungguh aku bersyukur F kembali menjadi mahal seperti mawar berduri seperti dulu. (amboi, perasan haha takpe kita aminkan)
Benarlah Ya Allah, nikmat maksiat itu hanya palsu. Dia tersilap menikmati cinta yang masih belum halal baginya.
Jika ada yang bertanya kenapa aku tidak sedih A ambil keputusan untuk mencari yang lain di saat F juga sedang berusaha menjaga hati?
Tak marah ke orang buat macam tu dekat kawan sendiri?
Kerana itu urusannya.
Kerana itu keputusannya.
Dan ini menjadi pengajaran buatku jua.
Dan kerana aku hormati dia sebagai lelaki yang pernah cuba untuk menghalalkan sahabat aku.
Sungguh aku bersyukur F kembali menjadi mahal seperti mawar berduri seperti dulu. (amboi, perasan haha takpe kita aminkan)
Benarlah Ya Allah, nikmat maksiat itu hanya palsu. Dia tersilap menikmati cinta yang masih belum halal baginya.
Jika ada yang bertanya kenapa aku tidak sedih A ambil keputusan untuk mencari yang lain di saat F juga sedang berusaha menjaga hati?
Tak marah ke orang buat macam tu dekat kawan sendiri?
Kerana itu urusannya.
Kerana itu keputusannya.
Dan ini menjadi pengajaran buatku jua.
Dan kerana aku hormati dia sebagai lelaki yang pernah cuba untuk menghalalkan sahabat aku.
Dan kerana aku yakin F hanya akan simpan cinta di dalam hati hanya untuk lelaki yang bergelar suami.
Bukan buat sang kekasih.
Moga Allah melindungi adik-adikku dan sahabat-sahabat yang aku sayang daripada perkara sia-sia seperti ini.
Moga Allah mengurniakannya pasangan yang terbaik di dunia dan akhirat. (Buatku jua haha amin!)
Cukuplah kali itu sahaja F merasai peritnya diuji dengan ujian hati.
Cukup Ya Allah.
Cukup Ya Allah.
Moga Allah melindungi adik-adikku dan sahabat-sahabat yang aku sayang daripada perkara sia-sia seperti ini.
Moga Allah mengurniakannya pasangan yang terbaik di dunia dan akhirat. (Buatku jua haha amin!)
Maaf sahabat, aku ada jauh denganmu saat kau berasa sulit menanggung beban ini. She kept this all alone sampailah semua ni 'selesai' dengan baik mengikut perancangan Allah.
Of courselah, usaha itu perlu ada untuk mencari jodoh cuma pastikan seiring dengan apa yang ditetapkan syariat okeyh?
Lainlah aku, aku tak nak usaha lagi, tahun depan baru usaha haha!
p/s: untuk lebih faham mengenai ikhtilat, boleh rujuk perkongsian Ustaz Adnin melalui blog/youtube/facebook/instagram Tarbiah Sentap.
Comments
Post a Comment