GRADUATE LIFE_Jangan Tuduh Aku Memilih Kerja
Dalam post aku yang lepas, aku ada cakap target kerja aku dalam profession pendidikan sesuai dengan bidang degree yang aku ambil iaitu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Dua minggu lepas aku habis belajar aku ada mintak kerja sebagai guru ganti, guru tuisyen, home tutor, guru sekolah rendah negeri dan satu program Al-Irsyad di Pejabat Negeri aku.
Semetara tunggu konvo dan tunggu panggilan temuduga SPP ni... bukan aku tak nak kerja bidang lain, cuma aku nak cuba kerja dalam bidang aku dulu. Dapat tak dapat lain cerita lah kan. Masa ni pun, aku ada terfikir macam-macam.
Nak buat tuisyen percuma dekat budak area rumah akulah. Nak jual nilah tulah. Aku ni otak niaga sikit. Sebelum ni aku buat keychain guna kain felt, lepas tu jual dekat sekolah adik aku. Masyuk gak haha.
Aku pernah kerja cashier dekat pasaraya lepas habis Matrikulasi.
Aku pernah kerja kedai runcit dekat Universiti. Masa ni aku kena bahagikan masa aku kepada tiga bahagian. Belajar, persatuan dan kerja aku. Penat, memang penat. Lebih-lebih aku takde kenderaan untuk bergerak. Bas jelah transport aku.
Kemudian, aku kerja fasilitator kem tahfiz cuti sekolah. Masa ni best sebab feeling-feeling jadi Ustazah. Seronok dapat peluang ajar Quran, ajar ilmu agama dekat budak-budak.
Ok, berbalik pada isu tadi. Bagi aku, aku takkan memilih kerja.
Aku akan ambil peluang kerja tu selagi benda tu bagi manfaat dekat aku dengan orang sekeliling aku. Dan aku percaya graduan lain kebanyakkannya bukan memilih kerja. Memang wujud pemikiran lebih baik menganggur selagi tak jumpa kerja yang sesuai.
Aku bukan nak backup diorang. Mungkin ada yang betul-betul memilih. Dan mesti ada sebab tertentu yang buat diorang terpaksa 'memilih'.
Antara sebab yang mungkin berlaku:
1) Faktor lokasi rumah yang terlalu jauh dari tempat kerja.
Kemudian dapat gaji ciput. Duit gaji of course habis dekat duit minyak je. Tak masuk nak servis kereta, bayar roadtax lagi.
2) Faktor keluarga.
Mungkin ada ahli keluarga yang perlukan jagaan yang lebih. So, lokasi dan waktu bekerja pun akan jadi punca sesetengah orang terpaksa menolak kerja yang diorang dapat.
3) Faktor kenderaan.
Macam aku, aku pernah tolak kerja sebagai guru taska sebab waktu masuk bekerja yang terlalu awal dan ayah aku susah untuk bagi komitmen untuk hantar aku awal pagi. Aku ada je lesen kereta dan motor. Tapi, motor ayah aku dah ambik buat pergi kerja. Mak aku pulak dah guna kereta.
Of course, aku akan pilih kerja yang takkan bebankan parent aku sebab diorang yang akan ambil dan hantar aku pergi kerja. Sebab tu, aku doa pun aku dapat kerja yang tak susahkan parent aku.
Ke aku sengaja cipta alasan?
Entahlah. Bergantung pada pemikiran masing-masing. Haha. Lain orang, lain komitmen kan?
Faktor ni tak termasuk dengan faktor majikan yang tak terima fresh graduate sebab kurang pengalaman, tak ada soft skils, takde keyakinan diri, tak pandai komunikasi dalam Bahasa Inggeris dan lain-lain yang buatkan ramai graduan susah untuk dapat tempat dalam kerja pilihan masing-masing.
Apapun, aku harap aku dapat kumpul duit dalam masa terdekat ni untuk beli kenderaan bagi mudahkan aku ulang-alik ke tempat kerja. InsyaAllah.
Amin.

Comments
Post a Comment