GRADUATE LIFE_Rezeki yang Tak Disangka-sangka?

Ni ke 'rezeki yang tak disangka-sangka' ?

Ok, macam pelik je intro aku start dengan soalan. Tak sangka apalah yang aku duk cakap ni kan. Ok, meh aku cerita.

Minggu lepas aku ternampak iklan kerja kosong dekat Whatapps story kenalan aku. Katanya ada sebuah pusat tuisyen perlukan guru tuisyen untuk subjek BI Tahun 2 dan 3.  Apa lagi, terus aku reply untuk maklumkan yang aku berminat dengan jawatan tu. Mana tahu dapat kan?

“Guru tuisyen kan? Bukan home tutor kan?” bisik aku. 

Sengaja untuk dapatkan kepastian sekali lagi. Fobia sebab sebelum ni hampir dapat peluang kerja sebagai home tutor tapi tak diizinkan abah.

Selepas lalui proses temuduga secara ringkas oleh pengasas pusat tuisyen tersebut, Alhamdulillah akhirnya aku dapat lah kerja sebagai guru tuisyen.

Lagi aku excited bila aku dapat ‘kerja tambahan’ iaitu mengajar untuk subjek kesukaan aku_Matematik. Rezekinya, Ya Allah. Aku mohon untuk satu, tapi Kau bagi aku dua. Kiranya nanti aku akan mengajar untuk subjek BI dan Matematik Tahun 2 dan 3.

Lagi pun, bukan senang nak dapat kerja sesuai dengan apa yang aku nak buat masa sekarang.

Dari segi MASA,

Sangatlah praktikal sebab kelas aku nanti sekali seminggu je, setiap hari Jumaat. Tak ganggu waktu kerja umi abah aku untuk tolong hantar aku pergi kerja. (untuk sementara waktu ni)

Dari segi TEMPAT,

Jarak Pusat Tuisyen tu dekat je dari rumah aku. Dalam 15 minit je nak ke tempat kerja aku tu. 

Dari segi GAJI,

Nak tahu tak yang kelakarnya aku terima kerja ni tanpa tahu gaji pun. Aku tak tanya dan tak diberitahu mengenai gaji. Takpelah berapa pun gaji yang aku dapat nanti kalau nak dibandingkan dengan pengalaman yang aku dapat ni kan. So, kita tunggu jelah hujung bulan ni aku dapat berapa.

Eh, jap.

Aku nak cakap pasal "rezeki yang tak disangka-sangka' kan? So apa kaitan aku cerita pasal masa, tempat, gaji aku ni. Haha

Jap aku kaitkan balik.

Dekat post aku sebelum ni aku pernah cakap kalau sebelum temuduga SPP bulan 10 ni aku still tak dapat kerja tak apalah kan. Sebab aku nak duduk rumah dulu then study untuk temuduga nanti. Then, lepas temudga nanti nak kerja apa, kerjalah apa pun kan.

So, aku pun peganglah niat macam tu. Tapi dalam hati berharaplah nak dapat kerja so dalam masa yang sama buat je lah amalan-amalan yang boleh mendatangkan pahala dan rezeki kan. InsyaAllah.

Bila aku dapat kerja ni, even gaji dia mungkin tak banyak macam orang lain tapi ni merupakan rezeki yang tak disangka-sangka bagi aku.

Aku teringat yang dalam doa aku, yang kebiasaannya aku baca selepas solat Dhuha aku akan selit doa yang aku dapat daripada sharing by Nealofa. (Thank you Lofa!)

Ada part doa lebih kurang macam ni.

"Ya Allah, kurniakanlah kepadaku rezeki yang tak disangka-sangka."

Alhamdulillah, aku tak sangka akan dapat kerja dalam bidang yang aku nak which is 'mengajar/mendidik'. Perasaan bila dapat kerja yang kita nak ni rasa syukur, teruja dan happy. Rasa sangat nak buat yang terbaik untuk kerja tu. InsyaAllah.


Mungkin sebab doa tu aku dapat kerja ni. Mungkin, who knows right?

Semalam hari pertama aku mulakan kerja aku sebagai guru tuisyen. And my first experience was great and I love it so much! 

Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Engkaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Allah Ya Wahab.
Engkaulah sebaik-baik pemberi. 

Terima kasih atas pemberianMu ini. Moga aku sentiasa menjadi hambaMu yang bersyukur dengan pemberianMu.

Moga ahli keluarga dan kawan-kawanku yang lain pun dipermudahkan urusan dan dikurniakan rezeki yang tak disangka-sangka juga. 

Amin Ya Rabb.



Comments

Popular posts from this blog

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

JODOH LIFE_Siapa 'dia' yang Engkau Takdirkan untukku.