Posts

AdDEEN LIFE_"Masa Awak Menyanyi Ingat Allah tak?"

Teringat masa dekat sekolah menengah dulu…. Waktu tu pelajar tengah buat kerja kumpulan, mungkin Raihanah perasan yang aku duk selalu menyanyi. (dia duduk meja belakang aku) Tiba-tiba dia kata macam ni… " awak yakin tak masa awak menyanyi tu awak ingat Allah? " Zapp!  Haha amik kau kawan tegur sedebab macam tu. Aku nak jawab apa ni?! Aku tak berapa ingat apa yang aku jawab lepas Raihanah tanya soalan tu dekat aku. Sumpah masa tu aku langsung tak rasa marah dekat dia. Lagipun, ada betulnya apa yang dia cakap tu. So, lepas tu insaflah sekejap. Menyanyi pun tak berapa sangat. Bukan sebab takut dia tanya lagi soalan tu tapi sebab aku sendiri tahu apa yang dia tanya tu tak salah pun. Lama lepas tu, dah masuk matrikulasi, masuk universiti… Hah, ambik kau dah lagho balik! Sampai satu tahap.  Aku kembali suka menyanyi, suka dengar lagu.  (sangat)  Sampai satu tahap. Aku pernah tulis di ruangan hobi : "suka dengar lagu" . ...

GRADUATE LIFE_Dua Keputusan Temu Duga (BESAR) dalam Sehari!

Dari tadi aku cari kekuatan nak menulis tapi still tak jumpa-jumpa ni. Dah la bukan senang aku nak bukak laptop, sign in blogger lagi. Duk edit profil blog je daripada tadi. Adoii. Jap, nak pergi minum air lepas ni sambung balik nak tulis apa. Ok, cakap pasal temu duga kan? Selepas habis belajar aku pernah jalani beberapa proses temuduga dan apa yang aku nak cerita harini ialah kisah dua temuduga aku untuk jawatan yang sama iaitu GURU cuma melalui dua jalan yang berbeza. 'Jalan' pertama ialah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). 'Jalan' kedua ialah melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Semalam 27/12/2019, dalam masa satu hari aku terima dua keputusan untuk temu duga yang dikatakan BESAR tu. Yang JHEAT tu lulus tapi yang satu lagi tu (SPP), gagal. Dan tak ramai pun coursemates aku yang lulus temu duga SPP ni. Maybe kos Matematik masih belum demand buat masa sekarang. Ramai kawan aku yang tengah sedih sekarang sebab tak ramai yan...

SCHOOL LIFE_Ikhtilat Pelajar Sekolah Agama.

Post kali ni aku nak share kenangan aku sebagai pelajar sekolah agama ketika berikhtilat dulu. Kelakar weh bila ingat balik tapi aku yakin asbab semua tu lah, dengan izin Allah aku lebih menjaga batas pergaulan sewaktu di universiti mahupun di alam pekerjaan. Tapi kan, kalau nak lagi tepat boleh tengok video Ustaz Adnin. Aku rasa dia antara public figure yang masih 'keras' bincangkan perihal ikhtilat.  Mungkin situasi ni takkan sama dengan sekolah agama yang hanya terdiri dengan pelajar lelaki SAHAJA @ perempuan SAHAJA. Of course lain lah kan.  Dan aku pun tak berapa pasti kalau pelajar sekolah agama sekarang still dapat rasa biah solehah ni sekarang. Kalau masih ada pun, mungkin di Maahd @ pondok. Mungkin. 1) (bercakap guna whiteboard. 2) guna surat. simpan lagi surat tu haha. meeting pun boleh berjalan dengan baik. Tak ada eye contact. Percaya dari mata akan turun ke hati haha. Pandangan mata umpama pandangan beracun. 3) Bercakap dengan gaya marah. ...

PYQA THOUGHT_Disember 2019 Bulan Paling Packed and I Really Miss Writing!

Too much things happen in my December hingga lamanya aku tak sentuh blog ni. Berhabuk! Rindu sangat nak menulis dan akhirnya malam ni aku curi masa sikit untuk menulis. Sebelum ni pun, dah terlalu banyak 'draft post' aku sebab tak pernah siap untuk tulis satu entry. Aku rasa aku sibuk sangat sampai aku pernah doa "Ya Allah, janganlah aku menjadi lalai disebabkan kesibukan aku ni." Ada satu masa aku rasa tak sempat nak mengaji. Ada satu masa ada solat sunat yang aku tak kisah kalau tak buat. Sampai satu masa, subuh aku kembali tak teratur, ada yang awal ada yang subuh gajah. Tahajud pun kembali susah untuk aku bangun. Masa ni lah aku rasa yang sebenarnya pentingnya masa yang berkat. Sesibuk mana pun kita, dengan masa yang berkat Allah akan izinkan kita untuk buat amalan yang Dia cintai. Ni antara jadual aku secara kasar untuk Disember. Kalau sempat, aku akan explain lebih detail dekat entry seterusnya. Fasilitator Kem Tahfiz   (1-25 Disember)      ...

FRIENDSHIP LIFE_Kerna Aku juga Bukan Kawan yang Sempurna

Aku dah lama kawan dengan dia. Dari sem 1 susah senang sampailah sem 8. Tapi waktu awal sem 8, ada satu perkara yang aku buat dia kecil hati dan betul-betul sedih dengan tindakan aku. I did something like I betrayed our promise for my own good sake? If and only if.  Kalaulah aku boleh undur masa.  Kalaulah aku boleh fikir dengan matang waktu tu. But I know, there is no such "kalau" once I did that decision.  I knew I made her upset. Walaupun aku TAK ADA niat langsung kecewakan dia. Tapi sampai sekarang aku menyesal dengan tindakan aku tu. Aku minta maaf berjuta kali pun, aku tahu luka tu ada kesan parut dalam hati dia.  Allah, what did I do? Dulu aku harapkan dia untuk faham dengan tindakan yang aku dah ambil. Tapi selepas tu, aku rasa bersalah sebab aku tahu keputusan yang aku buat ni demi kepentingan diri aku je.  Such a selfish dear myself! Guys,  If you really have a good friend, yang susah senang sama-sama...ple...

AdDEEN LIFE_Makhluk tu Apa?

Dalam perjalanan ke Tg Malim kerana esok aku akan konvo yay!   Perjalanan yang panjang bersama keluarga membuatkan aku decide untuk download video ceramah Ustaz Wadi Annuar dan dengar sama-sama dalam kereta. Sampailah satu ketika, ada part Ustaz wadi sebut perkataan MAKHLUK banyak kali. "Tidur tu makhluk." "Mati tu makhluk" Lepas tu aku dah lupa dah.. Terdengar perkataan 'makhluk' banyak kali sampai adik kecil aku, Fawwaz bertanyakan soalan. "Kak long, makhluk tu apa?" "Makhluk tu maksudnya ciptaan Allah. Allah yang cipta semuanya. Syaitan,malaikat, bunga, haiwan dan manusia. Pokok pun Allah yang cipta. Semua tu makhluk Allah. Buktinya manusia tak boleh hidupkan pokok." Pelik barangkali dengan ayat "manusia tak boleh hidupkan pokok" kerana dia nampak aku pernah beli dan tanam biji benih sehingga dah jadi setinggi dia. So, bagi dia kita yang buat semuanya. Haha. Aku menambah lagi untuk bag...

WORK LIFE_Me As A Home Tutor : teaching a kid how to read (Is It simple as an ABC?)

Pernah lah merasa pengalaman jadi home tutor untuk dua perkara. Ajar budak 6 tahun membaca dan budak SPM subjek Matematik Tambahan. Tapi aku lebih berminat untuk share pengalaman aku ajar budak 6 tahun membaca. Kau ingat senang nak ajar budak membaca?  Lebih-lebih kalau budak tu sendiri yang tak berapa semangat nak belajar. (So, as guru kita kena push sikit lah) Kiranya ni ialah client pertama aku. (Mungkin ini yang terakhir haha) Nama dia Fayyadh. Apa yang aku cerita ni adalah berdasarkan pengalaman aku dan maybe sedikit sebanyak akan membantu siapa yang ada target untuk jadi guru tuisyen membaca. Dan client ni pun adalah melalui pusat tuisyen yang aku kerja jugak. Kenal pasti tahap pembacaan budak Waktu dia datang rumah aku untuk belajar, dia dah kenal huruf dengan baik. Dia pun dah kenal sikit-sikit dua suku kata. So, aku cuma perlu teruskan ajar dia. Kalau budak masih tak pandai membaca, kita kena ajar daripada basic lah. It is not that easy untuk bagi budak k...