Posts

FAMILY LIFE_Take a Break and Chase Him

Tengah ralit scroll facebook atas kerusi, baca mana yang patut. Tiba-tiba, adik kecik aku datang dengan tangan yang basah. Pap. Dicalitnya tangannya yang basah tu pada seluar aku yang agak cerah. Jelas kelihatan basah pada seluar aku. Reaksi aku? Biasanya kalau dia buat macam tu aku akan marah dia. (sebab kacau aku) Aku ada dua pilihan masa tu. Samada nak 'teruskan scroll media sosial' atau 'respon pada perbuatan adik aku'. Mulanya malas nak layan benda 'budak-budak' macam tu. Eh tapi tertengok pula muka dia yang seakan mengharap kakaknya 'membalas' perbuatan nakalnya. Macam, eh balaslah. Balaslah. Haha. So, aku terus tutup fon dan mulakan aksi kejar-mengejar yang mulanya tak berapa ikhlas tapi jadi ikhlas lepas tengok wajah ceria adik aku. Padahal takde benda pun kan? Rasa macam dah lama tak bergurau dengan dia. Rasa bahagia dia tu, melambung-lambung, Haha. Over je. Takde benda pun yang aku nak conclude kat sini. Cuma aku nak cak...

AdDEEN LIFE_Nak Apa-apa Minta Pada Tuhan

Tadi aku cerita pada umi abah yang aku mimpi pasal temuduga semalam. Punyalah berdebar kan, sampai masuk mimpi. Padahal sebulan lagi. Haha. Macam biasa, mintalah doa dari orang tua untuk minta berkat. Minta dipermudahkan urusan masa temuduga nanti. "Abah doakan kak long eah." Dan macam biasa jugak abah jawab. "Solat hajatlah." Aku selalu rasa tak puas hati dengan jawapan abah bila aku suruh dia doakan aku.  Sebab yelah, aku doa pun dah, solat hajat pun dah. Cuma kita nakkan doa daripada orang tua je. Aku cuma nakkan abah cakap at least "ya, abah doakan". Tapi disuruhnya aku doa supaya dapat apa terbaik dari Allah. Tiba-tiba aku teringat masa dulu-dulu.Waktu aku belajar dekat Universiti. "Abah umi, doakan kak long dipermudahkan masa jawab exam eah." "Abah umi, doakan kak long dapat result tinggi eah." Setiap kali aku risau pasal exam atau result, aku akan cakap macam tu pada abah dan umi. Macam...

AdDEEN LIFE_Perlekeh Orang Tak Baca Quran

Kejadian ni dah berlaku lama iaitu sewaktu aku di sekolah menengah.  Namun peristiwa ini tetap aku ingat sehingga sekarang sebagai salah satu peringatan kecil dari Allah kepada aku. Masa sekolah menengah dulu, pernah terselit rasa bangga dalam hati aku sebab setiap hari memang aku tak pernah miss baca quran.  At least, sehari pun aku akan baca quran walau HANYA semuka surat. Tanpa sedar dalam hati sedang perlekehkan manusia lain yang konon 'kurang' cintanya pada Quran. Pelik jika sehari tak baca Quran,  takkanlah tak ada rasa bersalah langsung. Sampailah..aku diuji Tuhan. Entah apa yang aku buat sampaikan seminggu aku tak berpeluang langsung untuk baca quran. Malas beserta ada sahaja perkara yang buat aku tak sempat baca Quran. Lama tu baru aku sedar lamanya aku tak sentuh Al-Quran.  Betapa waktu aku ketika itu tidak diberkati Allah sehingga tak sempat nak buat perkara yang menjadi kebiasaan sebelum itu. Allahu... aku sedar rupanya selama...

LOVE LIFE_Ada Apa dengan CINTA?

Minngu lepas, minggu cuti Raya Aidiladha dan aku tahu ramai yang ambil peluang cuti ini untuk melangsungkan majlis perkahwinan dan pertunangan. Termasuklah kawan-kawan aku di sekolah mahupun di universiti. Gembira melihat mereka bakal mendapat pasangan untuk dijadikan sahabat dunia akhirat kelak. Kadang-kadang geli hati pun ada, melihat kawan sekolah yang dahulunya yang agak kasar perwatakannya tetapi lembut ayu dan sopan di kala usia menginjak dewasa sudah mahu berkahwin. Yelah kan, hati pun boleh berubah apatah lagi perwatakan manusia bukan? Kagum melihat mereka bersedia untuk melangkah ke alam yang lebih menguji dari pelbagai aspek.  Aku? Masih terkontang-kanting memikirkan nasib aku yang masib belum 'dipinang' sebarang kerja. (Walaupun itu pilihanku dan keluarga untuk tidak bekerja buat masa sekarang) Sempat aku hubungi rakanku yang lain, cuba mengusik mereka yang masih belum berkahwin. Ada yang mengeluh kerana masih belum mempunyai pasangan. "Awa...

GRADUATE LIFE_Dapat Interview SPP?

Sejak awal, aku memang dikhabarkan yang Semakan Interview SPP ni akan dihebahkan selepas Hari Raya Aidiladha cuma tak pasti bila tarikh yang tepat sampailah semalam, aku tahu keputusan dah dikeluarkan. Aku tahu pun sebab kecoh dekat group Whatapps batch aku. Semua duk ucap tahniah dekat siapa yang dapat dan kata semangat jangan putus asa pada siapa yang tak dapat temuduga. Katanya, temuduga ni secara berperingkat, InsyaAllah siapa yang belum dapat akan dapat untuk panggilan seterusnya. Aku pasti ni berita gembira untuk siapa yang masih belum dapat panggilan temuduga. Oh, sebelum tu aku terangkan pasal temuduga SPP ni. Temuduga SPP ni merupakan temuduga yang SANGAT penting bagi pelajar jurusan pendidikan atau bakal guru untuk dapat lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Apa perasaan aku masa nak cek semakan temuduga tu? Takde perasaan. Ye, perasaan berampur bau. Tak kisah samada dapat atau tak temuduga mungkin. Dan tak serisau perasaan aku semasa cek keputus...

FAMILY LIFE_Kesan Body Shamming pada Aku

Kesan body shamming pada aku? First at all, ia dah rendahkan confidence level aku masa aku sekolah menengah. Aku rasa aku ni buruk dan tak cantik. Aku rasa aku ni gemuk (padahal tak sangat pun sebab aku ni tinggi orangnya), muka aku bulat macam bola dan selalu fikir cara nak lipat awning tudung yang sesuai supaya muka tak nampak telalu bulat. Kadang-kadang, aku akan pakai tudung kedepan sikit. Yelah, kalau belakang sangat nampak habis pipi pau aku kan. Bila tengok gambar lama aku, rasa macam nak tarik je tudung aku ke belakang sikit. Haha Dan start dekat asrama sampailah aku belajar dekat Matrik, aku selalu tinggal nasi setompok. Dah jadi tabiat. Eeven sikit mana pun aku ambil nasi, akan ada setompok nasi yang aku takkan sentuh. Memang masa tu aku cakap "dah kenyang, tak boleh masuk dah". Tapi sebenarnya, aku takut nak habiskan semua nasi yang aku ambil untuk setiap kali hidangan. Aku tahu, setiap nasi tu rezeki. Tak baik kalau selalu tak habiskan. But, I just canno...

FAMILY LIFE_Kena Body Shamming dari Keluarga Sendiri?

Jap, aku kena curi-curi masa nak tulis blog ni sebab semua adik beradik aku ada dekat rumah sekarang. (Cuti Raya Haji kan) Seronok rumah sini makan gulai kambing, rumah sana pulak makan sup tulang. Fuhh tak payah masak sehari bai! Sebelum aku cerita lebih lanjut, jap aku bagi maksud ' body shamming ' secara ringkas dulu.        - Sebarang perbuatan atau percakapapan yang menghina seseorang samada melalui mengkritik saiz atau bentuk badan atau seumpama dengannya.  Sebenarnya aku tak dapat nak jelaskan dengan lebih mendalam maksud 'body shamming' dan aku rasa perkataan tu baru je wujud kot sebab aku perasan sejak-sejak ni baru viral video kesedaran pasal body shamming ni.(Ke dah lama dah? Lantaklah haha)  Aku tak ingat waktu yang sebetulnya aku start kena benda ni. Tapi sejak aku masuk sekolah menengah, aku dah start gain weight. Yelah, duduk asrama makan 6 kali sehari dari pukul 7 am hingga pukul 11 pm. Mananya tak seronok mulut tu asyik...