Posts

AdDEEN LIFE_Manusia VS Pokok.

Penulisan ini aku wujud setelah aku sendiri yang melihat 'persaingan' yang terjadi antara sesama pokok yang aku tanam dari biji benih dulu. Mungkin agak pelik but yes, aku cuba untuk kaitkan apa yang jadi dengan manusia. Manusia dan pokok. Ada persamaan antara dua makhluk ciptaan Tuhan ini. POKOK. Andaikan kesemua biji benih kita tanam pada waktu yang sama. Mereka mendapat struktur tanah yang sama. Pancaran cahaya matahari yang sama. Air yang disiram dengan sama jumlahnya. Namun tumbesaran mereka tidak semestinya sama. Ada yang mengeluarkan tunas cepat dari yang lain. Ada yang malu-malu untuk keluar melihat dunia walaupun rakan sekeliling sudah mula megah berdiri. Tapi ingat! Tidak semestinya pokok paling besar akan mengeluarkan bunga yang paling cantik. Bahkan juga tidak semestinya pokok yang paling kita jaga akan mengeluarkan buah yang paling elok antara pokok-pokok lain. Mungkin bunga yang paling cantik dari pokok yang paling lam...

AdDEEN LIFE_Allah Tanamkan Pokok di Syurga Fawwaz

“ Yay, Allah dah tanam dua pokok Fawwaz. ” Dalam hatiku, “ Pokok apa yang dia maksudkan ni ? " Ohh mungkin yang Fawwaz maksudkan pokok dekat luar rumah kot. Kebetulan kami berdua baru keluar minat untuk berkebun. Hari-hari menantikan anak pokok dari benih yang disemai. Tiap pagi petang juga dialah yang bantu aku siram anak pokok. “ Pokok apa dik ?” tanya aku. Sengaja aku tanya untuk tahu apa sebenarnya yang adik aku maksudkan tadi. “ Kan haritu kak long ada bagitahu, kalau sebut sekali Allah akan tanam satu pokok dekat syurga. Fawwaz dah sebut dua kali, jadi dualah pokok Fawwaz. ” jawabnya. Terus aku teringat yang dua hari lepas aku ada beritahu dia kelebihan zikir Subhanallah Wa Bihamdihi yang aku dapat tahu melalui ceramah Ustaz Wad di Youtube. Dia ingat lagi rupanya. Berdasarkan hadis, “Sesiapa yang menyebut Subhanallah Wa Bihamdihi satu kali, Allah tanam satu pokok kepadanya di syurga …… (ada sambungan hadis ni cuma aku tak berapa jelas kalau nak s...

GRADUATE LIFE_Rezeki yang Tak Disangka-sangka?

Ni ke 'rezeki yang tak disangka-sangka' ? Ok, macam pelik je intro aku start dengan soalan. Tak sangka apalah yang aku duk cakap ni kan. Ok, meh aku cerita. Minggu lepas aku ternampak iklan kerja kosong dekat Whatapps story kenalan aku. Katanya ada sebuah pusat tuisyen perlukan guru tuisyen untuk subjek BI Tahun 2 dan 3.   Apa lagi, terus aku reply untuk maklumkan yang aku berminat dengan jawatan tu. Mana tahu dapat kan? “Guru tuisyen kan? Bukan home tutor kan?”  bisik aku.  Sengaja untuk dapatkan kepastian sekali lagi. Fobia sebab sebelum ni hampir dapat peluang kerja sebagai home tutor tapi tak diizinkan abah. Selepas lalui proses temuduga secara ringkas oleh pengasas pusat tuisyen tersebut, Alhamdulillah akhirnya aku dapat lah kerja sebagai guru tuisyen. Lagi aku excited bila aku dapat ‘kerja tambahan’ iaitu mengajar untuk subjek kesukaan aku_Matematik. Rezekinya, Ya Allah. Aku mohon untuk satu, tapi Kau bagi aku dua. Kiranya nanti aku akan me...

STUDENT LIFE_Bijak vs Kurang Bijak

Tak kiralah kita seorang pelajar yg bijak, kurang bijak atau pun tak bijak langsung.  Semuanya ada ujian dia yang tersendiri.  Penulisan ini aku tulis dengan kawan aku di universiti dulu. Semasa musim exam. Tak tahu sebab apa aku tulis ni. Lupa dah haha. Ujian menjadi pelajar bijak? Sabar apabila menjadi 'pusat rujukan' orang lain apabila tibanya musim assignment, musim kuiz, musim final exam. Sabar bilamana kita masih tak habis study, tapi dah kena 'serang' dengan ujian bertalu-talu. Sabarlah dengan tidak kedekut dengan anugerah yg Allah berikan. Sebuah keikhlasan akan teruji apabila kita merungut mengatakan orang tidak faham akan keadaan kita yang juga masih belum 'cukup study'. Belajarlah untuk mengatakan tidak jika tidak mampu utk membantu semua yang meminta untuk diajar. Belajar untuk menolak secara baik. Belajar untuk berkata jujur. Siapa aku untuk menolak hak kalian untuk belajar. Ujian menjadi pelajar kura...

FAMILY LIFE_Take a Break and Chase Him

Tengah ralit scroll facebook atas kerusi, baca mana yang patut. Tiba-tiba, adik kecik aku datang dengan tangan yang basah. Pap. Dicalitnya tangannya yang basah tu pada seluar aku yang agak cerah. Jelas kelihatan basah pada seluar aku. Reaksi aku? Biasanya kalau dia buat macam tu aku akan marah dia. (sebab kacau aku) Aku ada dua pilihan masa tu. Samada nak 'teruskan scroll media sosial' atau 'respon pada perbuatan adik aku'. Mulanya malas nak layan benda 'budak-budak' macam tu. Eh tapi tertengok pula muka dia yang seakan mengharap kakaknya 'membalas' perbuatan nakalnya. Macam, eh balaslah. Balaslah. Haha. So, aku terus tutup fon dan mulakan aksi kejar-mengejar yang mulanya tak berapa ikhlas tapi jadi ikhlas lepas tengok wajah ceria adik aku. Padahal takde benda pun kan? Rasa macam dah lama tak bergurau dengan dia. Rasa bahagia dia tu, melambung-lambung, Haha. Over je. Takde benda pun yang aku nak conclude kat sini. Cuma aku nak cak...

AdDEEN LIFE_Nak Apa-apa Minta Pada Tuhan

Tadi aku cerita pada umi abah yang aku mimpi pasal temuduga semalam. Punyalah berdebar kan, sampai masuk mimpi. Padahal sebulan lagi. Haha. Macam biasa, mintalah doa dari orang tua untuk minta berkat. Minta dipermudahkan urusan masa temuduga nanti. "Abah doakan kak long eah." Dan macam biasa jugak abah jawab. "Solat hajatlah." Aku selalu rasa tak puas hati dengan jawapan abah bila aku suruh dia doakan aku.  Sebab yelah, aku doa pun dah, solat hajat pun dah. Cuma kita nakkan doa daripada orang tua je. Aku cuma nakkan abah cakap at least "ya, abah doakan". Tapi disuruhnya aku doa supaya dapat apa terbaik dari Allah. Tiba-tiba aku teringat masa dulu-dulu.Waktu aku belajar dekat Universiti. "Abah umi, doakan kak long dipermudahkan masa jawab exam eah." "Abah umi, doakan kak long dapat result tinggi eah." Setiap kali aku risau pasal exam atau result, aku akan cakap macam tu pada abah dan umi. Macam...

AdDEEN LIFE_Perlekeh Orang Tak Baca Quran

Kejadian ni dah berlaku lama iaitu sewaktu aku di sekolah menengah.  Namun peristiwa ini tetap aku ingat sehingga sekarang sebagai salah satu peringatan kecil dari Allah kepada aku. Masa sekolah menengah dulu, pernah terselit rasa bangga dalam hati aku sebab setiap hari memang aku tak pernah miss baca quran.  At least, sehari pun aku akan baca quran walau HANYA semuka surat. Tanpa sedar dalam hati sedang perlekehkan manusia lain yang konon 'kurang' cintanya pada Quran. Pelik jika sehari tak baca Quran,  takkanlah tak ada rasa bersalah langsung. Sampailah..aku diuji Tuhan. Entah apa yang aku buat sampaikan seminggu aku tak berpeluang langsung untuk baca quran. Malas beserta ada sahaja perkara yang buat aku tak sempat baca Quran. Lama tu baru aku sedar lamanya aku tak sentuh Al-Quran.  Betapa waktu aku ketika itu tidak diberkati Allah sehingga tak sempat nak buat perkara yang menjadi kebiasaan sebelum itu. Allahu... aku sedar rupanya selama...